Travelog Haji
Alhamdulillah pagi tadi tepat jam 10.30 pagi saya sempat berkunjung ke Pustaka Muda Osman (bagi yang berada di Kelantan, sudah pasti sedar akan kewujudan toko buku ini).
Memang niat awalnya hari ini saya ingin membeli buku terbitan PTS. Pulang ke kampung tanpa buku umum rasa tidak sedap hati. Macam kosong sahaja minda tambah-tambah selepas musim exam. Masuk sahaja kedai buku tersebut, terus ternampak buku Prof Dr Muhd Kamil, TRAVELOG HAJI. Sudah lama saya tercari-cari buku ini di MPH Alamanda namun setiap kali kunjungan saya ke sana, asyik-asyik kehabisan stok sahaja.
![]()
Alhamdulillah balik kampung, dapat pula memiliki buku ini. Cuma saya terfikir, mungkinkah penduduk Kelantan kurang membaca memandangkan rak buku Travelog Haji ini masih lagi banyak. Di MPH yang saya ketahui, kebanyakannya sudah habis stok! Tetaapi apabila saya ke bandar Kota Bharu, bermula di Pustaka Muda Osman cawangan Kota Bharu dan Kedai Buku Jaafar Rawas, buku ini masih boleh didapati. Saya terfikir panjang, mungkin rakyat Kelantan lebih suka mendengar berbanding membaca, sedangkan buku ini boleh dikatakan top book sekarang. Sepatutnya laku macam goreng pisang panas!
Mungkin benar atau tidak anggapan saya. Apapun saya berazam untuk habiskan buku ini sebelum pulang ke KL untuk menyelesaikan tugasan tesis saya! Nanti saya kongsikan bersama sahbat semua…