Travelog Haji Best!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah selama dua hari akhirnya dapat juga saya menghabiskan buku Travelog Haji karya Prof Dr Muhd Kami dari UiTM.
Saya berharap kepada kawan-kawan yang suka membaca dan berminat untuk mengisi masa lapang ketika cuti semseter ini, saya syorkan buku ini untuk anda. Ringan, santai dan buku ini adalah dakwah lepak! Menarik!
Ini adalah pengajaran untuk saya daripada buku ini, masing-masing akan merasai pengajaran peribadi, setiap orang berbeza pandangan terhadap sesuatu.
1) Jika ada kemahuan, di situ ada jalan, Prof Kamil begitu bersungguh mengaji Al-Quran walaupun umurnya sudai mencapai awal 4o-an sedangkan sebelum ini beliau hanya tahu baca surah lazim sahaja. Beliau bermula dengan Aa ba ta, ta ba ta…
2) Jangan pandang rendah kepada yang jahil. Kita yang mengetahui sedikit tentang agama hendaklah membantu kawan-kawan yang memerlukan.
3) Jika anda tidak tahu pasal agama hatta tidak tahu membaca al-quran, jangan MALU untuk belajar.
4) Kalau mahu sesuatu di dunia mahupun akhirat, Banyak2kan Doa dan taubat.
5) Setiap bencana yang menimpa kita adalah rahmat Allah untuk kita agar kita sedar dan menjadi baik. Think positive to Allah!
Wallaua’lam.